Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
Wanita yang memberi minum susu
dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke
rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut(sejenis permata berharga).
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita
yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan
dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu dadanya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat
dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7
tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
Subhanallah, bertuahnya menjadi seorang wanita.
Thank you Allah.
No comments:
Post a Comment