(> <)

✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*
*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿

Al-Kisah Malaikat Jibril as yg di ceritakan oleh Rasullullah SAW.

Al-Kisah ALLAH SWT Mencipta Malaikat 'JIBRIL'
(Rupa Malaikat Jibril as)
Telah bersabda Rasullullah saw bahawa " Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan Malaikat 'Jibril' as dgn bentuk yg sangat elok,Jibril as mempunyai 124,000 ribu Sayap dan di antara sayap2 itu terdapat dua Sayap yg berwarna hijau seperti Sayap burung merak.

Kalau Malaikat Jibril as menebarkan hanya Satu Sayap dari beberapa sayap yg di milikinya maka sudah cukup untuk menutup dunia ini.

Sebelah kanan sayap Malaikat Jibril as terdapat Gambar Syurga berserta dengan isinya termasuk Bidadari, istana,pelayan dan sebagainya.Sementara di sebelah kiri pula Malaikat Jibril as terdapat gambar neraka dan segala isinya yg terdiri dari beberapa ular yg cukup berbisa, Kala Jengking, dan neraka yg bertingkat2 dan penjaganya terdiri drpd Malaikat yg Garang iaitu Malaikat Zabaniah as."

Bersabda Rasullulah saw lagi" Apabila Telah sampai Ajal seseorang itu maka masuklah satu kumpulan Malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudiannya mereka menarik roh-nya melalui kedua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut dan mereka pun keluar.

Setelah itu datang pula satu kumpulan malaikat yg lain masuk menarik rohnya dari lutut hingga ke sampai perut dan kemudiannya mereka keluar.Datang pula lagi satu kumpulan malaikat yg lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang pula lagi satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik Roh dari Dadanya hingga sampai ke kerongkongnya dan itulah di kata saat Nazak seseorang itu( Saat Mati)"

Sambung Rasullullah saw lagi" Kalau lah Orang yg sedang Nazak itu Orang YANG BERIMAN maka Malaikat Jibril as akan menebarkan Sayap yg di sebelah kanannya sehingga orang yg nazak itu dapat melihat kedudukan 'DIRI-Nya' di dalam 'SYURGA' Maka Apabila Orang Beriman itu melihat Syurga yg berada di sekelilingnya, baik ibubapanya,isterinya,anak2nya saudara maranya dan rakan2nya.Ini adalah kerana orang sangat rindu pada Syurga dan melihat terus pandangannya itu pada sayap Malaikat Jibril as."

Kalau Orang yg sedang Nazak itu 'ORANG MUNAFIK' maka Malaikat Jibril as akan menebarkan sayap sebelah kirinya,Maka SeseOrang yg sedang Nazak itu dapat melihat kedudukan dirinya di 'NERAKA' dan dalam pada itu orang yg sedang nazak itu 'TIDAK DAPAT' melihat Kedua Orang Tuanya,Isterinya,Anak2nya,Saudara maranya dan sahabat handainya kerana terlalu takut apabila melihat NERAKA yg akan menjadi tempat tinggalnya."

Maka Kita Umat Islam mesti mengaku bahawa Malaikat Jibril as itu mempunyai Sayap2 yg besar sehingga sebelah sayapnya sudah cukup utk menutup Dunia ini.
Ini adalah benda GHAIB yg termasuk salah satu perkara yg harus kita beriman dgnnya.
Tidak MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT menciptakan sesuatu yg di kehendakinya.

Mana Kita sebagai UMAT ISLAM tidak boleh Sesekali mempertikaikan Kebolehan atau Kebesaran ALLAH SWT dan kita hendaklah berpegang kepada satu pendapat iaitu ALLAH Tidak ada yg Mustahil.Kalau ia Hendak menjadikan sesuatu maka nescaya akan Terjadi.

No comments:

Post a Comment