(> <)

✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*
*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿

HATI KE HATI....

...Umpama menjahit baju yang terkoyak dalam gelapnya malam... semakin dijahit semakin terluka kerana tecucuk oleh tajamnya jarum...
itulah hakikatnya sebuah kesabaran, semakin cuba bertahan, semakin itu diuji dgn kepedihan...namun...

Mengertilah hati yg terluka..

Perjalanan kita berbeza, hati juga berbeza, mungkin ada ketikanya yg menemani harimu hanyalah air mata....
namun apa yg dilalui itu hanyalah sementara meskipun sangat terseksa...

Mungkin dikau tidak akan rasa nikmatnya dibawah teduhan pohon yang merimbun, andai tidak melalui hangatnya bahang mentari dalam perjalanan mu terlebih dahulu...


 ..Bersyukurlah jika kamu diberi ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua kesukaran....
kerana hakikatnya..ketenangan itu lahir dari hati yang penuh dgn REDHA...dan terbitnya REDHA itu dari hati yang terdidik dgn sifat SABAR..tetapi, mencapai REDHA bukan semudah kata bicara...

namun mengertilah..

SABAR itu hanya wujud apabila hati benar2 terasa dekat dgn kasih-sayangNYA..


 ..Ada ketikanya..
kita perlu menutup hati yg terguris dgn senyuman.., meskipun sukar kerana terlalu sebak dan pedih....namun disebalik senyuman itu ada terukirnya KETABAHAN..

Dan mengertilah..

KETABAHAN itu tidak akan wujud tanpa adanya PENGHARAPAN,
dan wujudnya PENGHARAPAN itu hanya dari HATI yg ada keyakinan padaNYA...serta mengerti akan kasih-sayangNYA...

 ....Ada ketika nya...
Berterus-terang itu PERLU bagi melerai segala yg Terpendam dihati meskipun pedih dari ia disimpan terus menerus hingga menimbulkan perasaan Serba-salah...
dan Kemungkinan juga perasaan Sedih serta Benci yg hanya mengundang SEKSA pada diri atas sangkaan yg belum tentu jelas kebenaranya....

Mengertilah..

..Dikau tidak mungkin akan melihat INDAHnya cahaya mentari di dalam kamar yg gelap dgn hanya menyangka alam sentiasa suram tanpa membuka tirai jendelanya...

 

No comments:

Post a Comment