""Khabarnya kita pernah bercinta.Ya sepertimana Adam dan Hawa.Seperti
Ibrahim dan Hajar.Seperti Muhammad dan Khadijah.Kita bercinta kerana
kita saling menyintai,saling menyyangi,saling memerlukan dan saling
membahagiakan.Tuhan Yang Maha Esa telah mengurniakan pasangan seperti
disebutkan,,,,,""kami ciptakan kamu berpasang-pasangan"',,,,
Jodoh
pula Dia Yang Maha Bijaksana yang mentakdirkan.Maha Suci
Allah.Pertemuan yang bagaimana untuk menggambarkan kesetiaan diri
mu,telah engkau buktikan.Dan aku seperti kanak-kanak yang bingung
mengenal siapakah ayah dan ibunya.Tuhan itu Maha Pengasihn lagi Maha
Penyayang.Kita masih dapat bersua.Mungkin ini peluang keemasan untuk
kali kedua.........................................
Mungkin kelupaan ini merejam deritamu sepanjang usia nanti.Aku tidak
mengetahui mengapa aku ditimpa sebegini musibah yang sangat berlainan
atau luar biasa caranya.Engkau saja penawarku,suria yang menerangi
jalan.................
Cinta pernah memaknakan cinta itu sepertimana cinta itu tidak hanya dibibir malah menjadi anugerah terindah bagi kita.
Justeru,kerana
engkau lebih tahu,izinkanku untuk meluahkannya untuk meyakinkan
mubahawa diri ini mungkin atau sebetulnya memang pernah
menyintaimu,mengikrarkan untuk sebuah rumah tangga...........yang aku
sendiri mendalaminya,kerana kekurangan yang sedia ada.Aku tidak mampu
lagi mengenal mu seperti dahulu,,mungkin atau mampukah aku...........
Sesungguhnya tidak ada yang penting dalam hidup ini,selain daripada
mencari ketenangan dan kebahagiaan;suatu anugerah yang tidak dimiliki
setiap manusia.Bagiku,aku pernah mengecapinya dan sekarang ini
tambah-tambah lagi,aku lebih lagi merasai lazatnya kebahagiaan atau
sakinah,maka aku rasa termat bersyukur dengan nikmat yang diberikan
bagaikan hujan yang mencurah selepas sekian lama bermusim kering dan
tengkujuh.Engkaulah hujan yang mendamaikan....
Sebuah
cinta yang pernah aku bayangkan adalah seperti sebuah taman rekreasi
yang dikunjungi ramai orang setiap pagi dan petang.Dalamnya ada taman
yang mendamaikan,pohon-pohon besar dan sederhana melupakan diri akan
kesibukan kerja.di dalamnya juga ada denai-denai yang mengelilingi taman
ini dan amat sesuai untuk beriadah atau bersiar-siar menghirup udara
segar di samping dapat berkelah berdekatan dengannya.Kenapa tamsil
seperti yang aku hadirkan?.....Tentu kau masih ingat kita pernah datang
ke taman ini beberpa kali.Malah menjadi tempat paling seronok untuk
mengisi waktu santai dengan aktiviti keluarga yang menenangkan..
Cinta ini buatmu cukup mesra dan subur.sesubur taman yang menghijau dan
beraneka bunga.Setenang air kolam yang berada di tengah-tengah taman
segar ini.Sesegar angin yang bertiupan membelai sukma yang bergelora
kegembiraannya.Kerana itu cinta seharusnya membangkit keasyikkan ini dan
kelansungannya untuk sesiapa sahaja yang sedang mencinta dan
dicinta.inilah yang menguatkan ikatan kita berdua sekian lama.Barangkali
kekasihku.Masa sering sahaja jadi penimbang atau neraca,yang mana akan
menguji berat perihatinan yang ada, apakah mencukupi atau tidak seperti
yang diperlukan.Begitulah kehidupan yang mempunyai penolak dan
pengimbang.
kita tidak berpisah dengan syarat penting ini
bagi menentukan kesesuaian rupa hidup kita yang sebenar,jalinan kasih
dan eratnya hubungan atau utuhnya titi ukhuwah kesefahaman.Nah,mungkin
suatu masa kita akan mengenang semula semua saat dan detik yang
menentang sepanjang pejalanan muda kita,yang penuh denagn manis
cinta,dalam makhfi atau penuh sepi.tentu kita perlu mengenang senua
ini,bagi merenjang harapan yang lebih cerah dan lebih indah di masa akan
datang.Ini doa kita kekasih.Doa kita bersama ke hadrat Yang Maha
Pemurah.Kerana itu,hati kita perlu ikhlas untuk cinta ini.Cinta ini kita
mewajarinya dengan menyandarkan kepada DIA.Dia sahaja yang mengekalkan
cinta ini ke akhirnya.Sampai ke destinasi nya yang unggul,tepat dan
permai.Maka,diri ini memerlukan mu untuk terus dalam cinta dan
mengistiqamahkan keimanan kepada-Nya.
Memang suatu hari
nanti kita akan meredhakan semua yang telah berlaku.Ia suatu takdir yang
sangat munasabah untuk kita.Sabda Rasulullah s.a.w"""tidak beriman
seseorang daripada sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia
mengasihi dirinya sendiri.Ini sabda Rasulullah s.a.w kasih,maka kita
wajib percaya.Begitulah jua sabda baginda antara tujuh golongan yang
mendapat lindungan-Nya....adalah dua orang yang bertemu dengan dan
berpisah kerana Allah .Tiada yang kekal kecuali Yang Maha Esa.Justeru
kita perlu kembali kepada Dia yang memberikan peluang ini untuk terus
berada dalam ketenangannya.Jiwa dan perasaan itu seperti air lautan yang
ada pasang dan surutnya.Ada ombak badai dan tenang rawannya.Adakalanya
ia begitu pemurah sangat mesra dan membelai hati dengan penuh
sayang.Adakalanya khilaf menyinngung rasa yang membentang
dukalara,kesunyian dan kecewa.Semua ini ujian yang menentukan jalan
indah kepada gerbang hati yang akhirnya merasai nikmat ketenangan yang
padat,unggul dan setia pada yang satu.
Dalam mencari
cinta benar,semua makhluk bergelutan dalam pencarian.Terpaksa bergantung
dengan cinta-cinta yang lain.Yang sementara sifatnya.Terpaksa dan
terpesona.Kedua-duanya memungkinkan manusia menjadi pengalpa dan taksub
kepada cinta..Padahal cinta kepada semua yang sementara itu tidak kekal
lama.Ia hanya perhiasan yang mempunyai teratak yang utuh yang kuat untuk
menumpang.Maka mereka beranggapan inilah istana yang meneduhi impian
kegembiraan yang melayang sana sini ibarat bagai sayap-sayap cinta yang
sedang edan dan asyik.Tidak lansung teringat kepada asal usul diri.Dia
bersuka ria sana sini dengan penuh kebebasan,tanpa merasakan kehidupan
nyang sementara sebenarnya akan berhenti dan dihentikan bila sampai
waktu.Ia suatu yang bertempoh dengan syarat-syarat yang
diletakkan.Mungkin mereka ini lupa bahawa tujuan untuk datang ini bukan
untuk semata-mata mendahulukan cinta yang ada,tetapi mendapat redha Dia
yang teramat penting.
Namun ramai yang kecundang
memilihnya.Ramai yang kesal dengan perbuatan lalu.Sebodoh-bodohnya
merasakan kerugian atas apa yang mereka lakukan.Mereka hanyut dalam arus
kesenangan yang sangat mempesonakan.Sedikit demi sedikit mereka
dilupakan semacam magis atau sihir cinta yang sangat menguji kewujudan
cinta mereka.Mereka hilang mandiri bagai dirasuk cinta duniawi yang
mencapah-capah,yang bertambah-tambah dengan panahan pandangan
materi.Keindahan lahiri yang merangkul jiwa raga mereka sehingga
melupakan apa yang perlu mereka ingat dan kenang selalu.Budi dan jasa
yang cukup besar melimpah ruah daripada Pencipta Yang Maha Kaya.Ini
suatu cinta yang cukup lestari dan kekal sebenarnya.Yang membimbing
kalbu ke jalan syurgawi.
ENGKAU TETAP MENANTI SEPERTI
SEORANG YANG TETAP TAAT DALAM PENCARIAN.KINI AKU KEMBALI NAMUN TIDAK
SEPENUHNYA SEDAR,SEBAGAIMANA DAHULU,,,,,,,,,,,,MAAFKAN
AKU..........................................""""
Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan,kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang ada sekarang. Imbangan nada tinggi,melengking dengan nada rendah mengendur, itulah muzik kehidupan
(> <)
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*

No comments:
Post a Comment