Tundukku akur akan keagungan-MU ya ILAHI.
Terasa akan kasih sayang-MU padaku….
Begitu banyak nikmat yang KAU berikan padaku…
Ya Allah…
Ku bersyukur pada-Mu kerana menganugerahkan aku sesuatu yang amat bernilai.
Sangat bernilai… Yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata.
Penantianku yang penuh makna…
Sujudku hanya mengharap pada-MU.
Airmata ini sentiasa bergenang di saat ku teringatkan akan kasih sayang-Mu padaku…
Begitu besar kasih-Mu padaku….
Ya Allah…
KAU terima doaku….
Kerana setiap saat keyakinanku pada-MU…
Dan sesungguhnya aku mengerti…
Mengapa ENGKAU melambatkan permintaanku…
Kerana KAU mahu mengujiku….
KAU menyayangiku….
Kerana ENGKAU mahu aku merasa manisnya kasih-MU…
Manisnya kasih sayang-MU….
Dan kerana itu aku mengetahui bahawa…
Kasih sayang-MU itu mendahului kemurkaan-MU…
Linangan airmata ini tidak mampu ku tahan….
Agungnya kasih sayang-MU…
Inilah hikmah segala penantianku…
Istiqomahkan kami di jalan-MU…
Tegar mencari cinta-MU…
Amin ya Robbal’alamin
“~Kita ibarat telapak tangan~”
Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan,kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang ada sekarang. Imbangan nada tinggi,melengking dengan nada rendah mengendur, itulah muzik kehidupan
(> <)
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*

No comments:
Post a Comment