(> <)

✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*
*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿

ADAB MEMBACA AL QURAN




Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan hidup umat Islam. Al-Quran merupakan santapan rohani kepada orang yang membaca dan mengmalkan kandungan. Orang yang membacanya diberi pahala. Oleh itu, kita wajib menjaga adab membaca Al-Quran.

Cara- cara beradab dengan Al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu adab sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran.

Adab sebelum membaca al-Quran

* Berwuduk
* Duduk dengan tertib
* Niat mendampingkan diri kepada Allah
* Meletakkan Al-Quran ditempat yang bersih dan tinggi
* Mengharap pahala dan syafaat
* Menghadap kiblat
* Berpakaian bersih dan menutup aurat
* Niat dengan ikhlas

Adab semasa membaca Al-Quran

* Memohon perlindungan daripada keganguaan syaitan


* Membaca dengan bertajwid dan ternam


* Khusyuk


* Mengambil ikhtibar daripada apa yang dibaca


* Sujud telawah selepas membaca ayat Al-Sajattun

Selepas membaca Al-Quran lakukanlah adab-adab berikut:

Adab selepas membaca Al-Quran

* Menuntut Al-Quran dan berdoa


* Mencium dan mengucup Al-Quran


* Membawanya dengan penuh hormat


* Meletak ditempat yang sesuai

Marilah kita berusaha mengamalkan semua adab yang telah dijelaskan. Semoga ayat Al-Quran yang dibaca memberi kesan yng mendalam kepada jiwa serta memberi kebaikan didunia dan diakhirat. Jadikanlah amalan membaca al-Quran sebagai budaya hidup harian kita

No comments:

Post a Comment