(> <)

✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*
*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿

ROHANI DAN JASMANI

ROHANI

Ramai manusia mengambil berat tentang pemakanan mereka berdasarkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badannya.Selain karbohidrat,protien,zat besi dan vitamin,,,terdapat lagi satu
"nutrien" yang diperlukan oleh manusia,,,iaitu keperluan rohani...
Apabila menikmati sesuatu makanan atau hidangan,kriteria makanan tersebut sentiasa dipastikan agar cukup rasa,sedap dan berkhasiat.Begitu juga dengan makanan rohani perlu seimbang dan dihayati sebaiknya.
Makanan rohani ialah keerluan dalaman yang perlu dititikberatkanoleh setiap orang agar dapat menjaga hubungan baiknya dengan Allah SWT.Makanan rohani yang baik adalah sentiasa mendidik diri dengan pelbagai sifat mazmumah daripada menguasai diri.Selain iu,bibinya sentiasa mengucapkan zikrullah dan segala perbuatannya diniatkan kerana Allah SWT.
Membentuk rohani yang mantap bukan dalam tempoh sehari dua dan juga bukan untuk sementara.ia perlu disemai,dijaga dan dibelai sehingga ke akhir hayat.Keperluan rohani itu tiada noktahnya,ia akan berterusan sehingga kematian berlaku.Rohani yang sentiasa terisi dengan Roh Islam menjadi bekalan yang baik untuk dibawa ke akhirat nanti....

             ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JASMANI

Untuk mendapatkan akal dan fikiran yang sihat,ia perlu dibentuk dari jasmani yang sihat.Begitulah yang sering diingatkan agar berlaku keseimbangan antara akal dengan tubuh badan.
Realiti dunia masa kini,semua orang berlumba-lumba untuk menghadiri pelbagai kelas pengajian dan menyertai bengkel kemahiran.Ya,tidak dapat dinafikan manusia terdiri dari golongan orang yang cerdik.kreatif dan berinovatif dalam pelbagai bidang.
Namun,ama menyedihakn apabila dikenal pasti punca kematian .kebanyakan disebabkan kegagalan menjaga kesihatan dengan baik.Apabila jasmani baik,ia menjadi penggerak uatama untuk melakukan ibadah kepada Allah.Tetapi ingat sesekali diuji dengan kesakitan,ia bukan alasan untuk meninggalkan kewajipan dalam ibadah.Bahkan ujian sakit ini menjadi medan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Sesungguhnya,jalan pintas untuk sembuh dengan hanya menelan pelbagai jenis ubat juga merupakan jalan pintas menuju kematian.bertindak adillah dengan jasmani dengan melakukan senaman dan riadah yang mencukupi.


No comments:

Post a Comment