Cantik itu penting tetapi tidak usah
terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah
kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah
syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat
kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan
selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia
mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah
tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di
sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan
anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga
memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah
sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam.
Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba
suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam
percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.
Kajian saya
mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua
perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar
isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.
Kecantikan
dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga
menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang
menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya
untuk mencerlahkan keserian wajah.
Wajah yang berseri
lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat.
Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.
Kecantikan
umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau.
Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya.
Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun
warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan
lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model
baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli
kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya.
Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk
kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.
Jika
anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki
mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang
tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan,
bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.
Lelaki
yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian
daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk
memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan
mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi
ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.
Sebaliknya,
kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan
apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh
kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya
kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.
Jika anda
merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja.
Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain.
Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang
jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ‘Buta ke
dia?’
Hiasi diri anda dengan
keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga
wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat
wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah
satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan,kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang ada sekarang. Imbangan nada tinggi,melengking dengan nada rendah mengendur, itulah muzik kehidupan
(> <)
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*
No comments:
Post a Comment