(> <)

✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*
*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿
Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya..Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung..Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, dirinya ibarat bunga yang mekar di taman..Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...Peliharalah dirimu wahai muslimah...Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata..
✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•**✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•*✿¸.•
*✿

WAHAI HATI KU,,,USAH MENANGIS LAGI

Saat kita menempuhi onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati


ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
dalam terharu..
air mata tertumpah juga

Wahai hamba illahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

Namun,
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya

Percayalah!
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana
Tertawa di sana
Berbahagia di sana
InsyaAllah di Syurga
Yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh Indahnya!!
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah s.w.t

Wahai Hamba Allah,
Janga bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya.
Kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam
keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan
sempit dan tidak lagi berguna..
Padahal, dunia inilah kesempatan untuk dekatkan diri kepada Allah
untuk kita meraih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
Ingatlah tangisan terindah itu
apabila butir-butir airmata
mengalir hangat dipipi lantaran terasa diri kita
begitu kerdil di sisi Allah s.w.t
dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah
 
Wahai Hamba Allah,
Lihatlah sekelilingmu dan teguhkanlah pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa,
senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan
simpan ..jadikan teladan
segala yang kau pandang dan dengar
simpan buat pedoman... :)






"..You Don't know everything, But Allah knows everything..."


...Don't be sad Allah always with you...

No comments:

Post a Comment